BM | EN | 中文

MALAYSIA 3 – 2 INDONESIA

69719089_2363748643721886_5516143978493247488_n.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 SEPT: Dua gol jaringan pemain gantian Mohamadou Sumareh membantu skuad Harimau Malaya bangkit menewaskan tuan rumah Indonesia 3-2 pada aksi pertama peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, semalam.

Tuan rumah mendahului seawal minit ke-12 melalui jaringan Beto Goncalves yang mengambil peluang dari kealpaan barisan pertahanan Malaysia.

Sumareh menyamakan kedudukan pada minit ke-37 menerusi sentuhan keduanya di atas padang, ketika baharu sahaja menggantikan Hadin Azman, yang dilihat kurang efektif.

Advertisement

Kegembiraan Malaysia bagaimanapun tidak kekal lama setelah Beto sekali lagi menjaringkan gol melalui satu rembatan dari luar kotak penalti.

Gol penyamaan skuad Harimau Malaya dijaringkan Syafiq Ahmad pada min ke-66 sebelum Sumareh melengkapkan kemenangan Malaysia pada saat-saat akhir perlawanan untuk menjadikan kedudukan 3-2.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengucapkan tahniah kepada skuad kendalian Tan Cheng Hoe kerana berjaya menewaskan seteru tradisi pasukan kebangsaan.

Advertisement

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh anggota skuad Harimau Malaya dari pengurus pasukan, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, penolong pengurus, Dato Posa Majais, Coach Tan (Cheng Hoe), barisan kejurulatihan dan pegawai serta yang paling utama para pemain yang telah menampilkan semangat juang tinggi sehingga ke penghujung permainan untuk kita berjaya mencapai misi dan sasaran membawa pulang tiga mata penuh dari Jakarta ini.

“Tapi kita tak boleh terlalu bergembira dan leka dengan kemenangan ini kerana ia baru permulaan dan banyak lagi cabaran dan halangan yang perlu kita hadapi jika ingin berjaya layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 dan juga pusingan seterusnya bagi Kelayakan Piala Dunia 2022.

“Fokus kini perlu dialihkan segera untuk perlawanan seterusnya bertemu UAE di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa ini (10 September 2019) dan saya harap momentum kemenangan ini dapat diteruskan oleh skuad Harimau Malaya,” kata Hamidin, yang dipetik dalam satu kemaskini terbaru Facebook rasmi FAM.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top