BM | EN | 中文

Malakoff lantik Solarvest sebagai kontraktor sistem solar PV

malakoff.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 25 JUN: Anak syarikat milik penuh Malakoff Corporation Bhd, Malakoff Radiance Sdn Bhd, telah melantik Solarvest Holdings Bhd sebagai kontraktor sistem solar photovolta (PV) bagi mempercepatkan urusan pembelian tenaga solar dengan beberapa pemain logistik di Malaysia.

la berkata Malakoff dan Solarvest akan berganding bahu membantu perniagaan di Malaysia mencapai matlamat alam sekitar mereka melalui penyelesaian solar PV.

“Kerjasama ini akan meningkatkan kemudahan logistik pemain industri terkenal seperti Pos Malaysia Bhd, Northport (Malaysia) Bhd dan Johor Port Bhd, menerusi kemajuan sistem solar PV, mengubah kedudukan masing-masing menjadi rumah berkuasa solar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

la berkata kemudahan loji jana kuasa solar yang dipasang akan diletakkan di bawah Perjanjian Pembelian Tenaga Solar (SPPA) antara 20 dan 25 tahun.

“Apabila slap kelak, jumlah penjanaan daripada ketiga-tiga loji itu dijangka mengeluarkan kira-kira 11,609.9 megawatt-jam (MWh) elektrik bersih setahun,” katanya.

la berkata ini secara kolektif akan meneutralkan kira-kira 8,057 tan pelepasan karbon setahun bagi industri logistik.

Advertisement

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata usaha itu penting bagi syarikat untuk membolehkan akses kepada tenaga mampan bagi penyedia industri tempatan dan membuka jalan kepada perniagaan untuk mereformasikan penggunaan elektrik mereka.

“Kami percaya pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui bukan sahaja baik untuk alam sekitar tetapi juga secara ekonominya amat berbaloi, terutamanya bagi industri logistik yang beroperasi 24/7.

“Tarif elektrik tetap melalui SPPA akan melindungi perniagaan daripada sebarang kemungkinan kenaikan harga dan penjimatan kos,” katanya lagi.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top