BM | EN | 中文

‘Makmur Johor’ sekadar slogan, hakikatnya rakyat Johor susah

Johor-Darul-Tazim.jpg

JOHOR BAHRU, 6 SEPT: Tema “Makmur Johor” yang dibawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) Johor boleh dianggap hanya sebagai slogan semata tanpa sebarang langkah mampan.

Ahli Jawatankuasa Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Mohd Azam Mektar berkata sehingga kini iklim politik Johor tidak pernah mendamaikan sejak pentadbiran PN di Johor.

Mohd Azam Mektar

Katanya, kerajaan Johor selama ini hanya dilihat sebagai mahu membeli hati semata tanpa sebarang usaha konkrit terhadap permasalahan rakyat.

“Bagaimana sebuah kerajaan boleh menjalankan kerjanya dengan baik sedangkan di dalam gabungan mereka pun terdapat golongan yang sangsi antara satu sama lain.

“Kali ini kita boleh lihat lagi sebuah drama baharu dan pastinya rakyat akan menjadi mangsa sekiranya PRN dilakukan. Perkara ini pasti akan menyusahkan rakyat di negeri ini.

“Rakyat seperti langsung tidak dipandang, apa yang kepimpinan kerajaan PN tahu hanya melobi memberi jawatan menjaga satu-satu individu agar tidak mengambil tindakan keluar dari gabungan mereka. Rakyat terbiar tanpa ada sebarang santunan yang baik,” jelasnya.

Beliau turut menyatakan terdapat individu di negeri ini yang menjadi punca perpecahan di kalangan gabungan ahli di dalam PN.

“Ia berpunca dari individu yang mempunyai kuasa di dalam negeri dan pusat yang sering kali mengeluarkan kenyataan memperlekeh serta membuli rakan parti komponen dalam PN.

“Boleh cari siapa yang kita maksudkan. Kesangsian timbul dari rakan parti komponen sehingga akhirnya wujud golongan yang membuat tindakan meninggalkan gabungan yang rapuh itu.

“Kesannya pasti diterima oleh rakyat dan pemimpin akan terus mencatur kuasa untuk memenangkan diri mereka.

“Fikir masalah rakyat bukan sibuk dalam soal penguasaan dan kerajaan perlu juga membuat hubungan rentas parti untuk mengiktiraf pembangkang,” katanya lagi.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top