BM | EN | 中文

Makmal inkubator bagi penyelidikan bioteknologi dan perindustrian makanan ditubuhkan

wahid.jpg

Wahid (tiga, kanan) bertukar dokumen MoA dengan Nicholas (dua,kiri)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 FEB: Sebuah makmal inkubator bagi penyelidikan bioteknologi dan aplikasi industri di Institut Pembangunan Bioproduk (IBD) ditubuhkan melalui kerjasama antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Nutrition Technologies Sdn Bhd.

Menurut Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar, kerjasama strategik dua hala ini bukan saja melibatkan pembinaan makmal, malahan penyelidikan bagi membangunkan industri makanan dan makanan komersial.

“Penyelidikan ini merupakan platform teknologi bagi pembangunan probiotik anaerobic atau aerobik yang digunakan dalam industri makanan.

Advertisement

“Geran penyelidikan yang berjumlah RM360,000 ini dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di IBD yang diketuai oleh Prof Dr Hesham El Enshasy”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoU) antara UTM dan Nutrition Technologies Sdn Bhd, di sini, semalam.

Terdahulu, ditandatangani oleh Dr Wahid dan Ketua Pegawai Eksekutif Nutrition Technologies Sdn Bhd, Nicholas Piggott.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top