BM | EN | 中文

Makin ramai mohon bantuan

Pegawai-PKRPP-Menziarahi-asnaf-dan-menyalurkan-bantuan.jpg

Pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pulai menziarahi asnaf dan menyalurkan bantuan ketika Ramadhan dan fasa PKP

Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 JUN: Semakin ramai penduduk di Parlimen Pulai, Johor yang memohon bantuan pasca Covid-19.

Kebimbangan itu disuarakan pegawai khas ahli parlimen Pulai, Sharon Teo Siew Hui yang menyatakan terdapat peningkatan pemohon bantuan kepada pusat khidmat parlimen itu.

“Memang kita khuatir kerana perkara ini bukan suatu yang sihat untuk diamalkan. Kita juga maklum semua golongan terjejas dan kita juga bersedia untuk memberikan servis yang terbaik kepada rakyat di kawasan ini.

Advertisement

“Keadaan yang paling teruk berlaku adalah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) dilaksanakan. Boleh dikatakan pada ketika itu pemohon bantuan meningkat mendadak.

“Cuma apa yang dikhuatirkan adalah berkenaan dengan jangka masa panjang bagi rakyat di negeri ini yang harus mendepani keadaan kemelesetan ekonomi dalam keadaan kerajaan juga yang kurang stabil tidak seperti sebelum ini.

“Untuk peringkat ini, memang berlaku pemohon bantuan yang meningkat namun kita tidak boleh jangka sekiranya segala bantuan yang kerajaan berikan kepada mereka akan tamat atau habis pastinya peningkatan mendadak akan berlaku,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Katanya, hal tersebut adalah keadaan yang kurang sihat kerana masyarakat atau rakyat di kawasan Pulai boleh diukur sebagai semakin terdesak atau tertekan dalam kehidupan mereka.

Justeru itu beliau menggesa kerajaan segera mengambil langkah pemulihan ekonomi rakyat di negara ini.

“Kerajaan perlu segera menangani permasalahan ini dan kita tidak mahu hanya sekadar ‘ikhtiar’ semata tanpa ada penambahbaikan serta wujudnya golongan yang meraih untung.

Advertisement

“Mereka (kerajaan) perlu buktikan yang mereka mampu menyelesaikan permasalahan ini bukan sekadar memberi lantikan politik kepada orang-orang mereka sahaja tanpa memikirkan soal kemampuan seseorang itu dalam mengendalikan ekonomi rakyat.

“Fokus harus diberikan kepada rakyat yang semakin sengsara di negeri dan negara ini. Kita tidak mahu sebarang keadaan luar jangka berlaku apabila rakyat semakin terdesak dan tertekan dengan kehidupan mereka akibat kesempitan ekonomi,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top