BM | EN | 中文

Majlis Perbandaran Pasir Gudang dinaiktaraf jadi bandaraya

pasir-gudang.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 22 NOV: Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dinaiktaraf dan diisytihar sebagai Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), berkuat kuasa hari ini selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, berkata MBPG adalah pihak berkuasa tempatan (PBT) ketiga di negeri ini yang diisytiharkan menjadi bandar raya, selain Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), pada 1994 dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), pada 2017.

Satu majlis khas telah diadakan di Bangunan Datuk Jaafar Muhammad bagi menyempurnakan Penyerahan Watikah Pengisytiharan Majlis BandarayaPasir Gudang kepada Datuk Bandar MBPG.

Advertisement

Majlis Bandaraya Pasir Gudang merupakan Pihak Berkuasa Tempatan Ke-3 di negeri Johor yang diisytihar menjadi bandar raya selain Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada tahun 1994 dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) pada 2017.

“Kepesatan pembangunan Pasir Gudang sebagai Bandaraya Industri dan Pelabuhan dengan kelebihan mempunyai dua buah pelabuhan bertaraf antarabangsa serta kemudahan prasarana menyeluruh yang mengutamakan kesejahteraan rakyatnya serta lengkap memenuhi syarat keperluannya, maka adalah wajar Pasir Gudang mendapat pengiktirafan dan status sebagai sebuah bandar raya.

“Dengan penaikan taraf menjadi sebuah bandar raya, adalah menjadi keutamaan kerajaan Johor supaya penjawat awam yang sedang berkhidmat pada masa ini terus kekal kompeten serta berdaya saing dalam apa juga bidang kerja yang diberikan,” kata Hasni.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top