BM | EN | 中文

Majlis Perbandaran Kluang perlu rancang SOP pendakian Gunung Lambak

gunung-lambak-kluang-Ivan-Basten-Tan.jpg

Gunung Lambak di Kluang, Johor (Gambar Ehsan Ivan Basten Tan)

Advertisement

KLUANG, 24 JUN: Majlis Perbandaran Kluang (MPK) perlu mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) pendakian Gunung Lambak secepat mungkin agar industri pelancongan di daerah ini kembali pulih disamping membantu membangunkan aktiviti ekonomi di Kluang.

Denai ke puncak Gunung Lambak (Gambar Ehsan @minam1226)

Ahli parlimen Kluang Wong Shu Qi dalam kenyataannya berkata Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sudah dilaksanakan kira-kira dua minggu, namun MPK masih belum mengeluarkan sebarang SOP pendakian di Gunung Lambak.

Dalam masa yang sama katanya, Gunung Berlumut yang juga berada dalam daerah Kluang telah dibuka semula pada 23 Jun.

Advertisement

“Setelah pelaksanaan PKPP, rakyat Malaysia sudah dibenarkan untuk merentas negeri. Ramai yang berhasrat untuk melancong ke luar negeri pada cuti yang akan datang.

“Justeru, kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan MPK perlu mengeluarkan satu rancangan yang terperinci untuk memajukan sektor pelancongan Kluang dengan secepat mungkin,” kata Shu Qi dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui setiausaha politiknya, Yong Hui Yi.

Taman tema air Gunung Lambak, Kluang (Gambar Ehsan MPK)

Tambah beliau pelancongan adalah salah satu sumber ekonomi yang amat penting kepada kepada daerah Kluang dan Gunung Lambak mempunyai pemandangan alam semula jadi yang amat menarik.

Advertisement

Ia katanya menarik pelancong daripada pelbagai kelompok seperti pelancongan keluarga, pendaki gunung dan pelancong muda yang berminat eko-pelancongan.

“Oleh itu, saya menyeru kerajaan PN dan MPK seharusnya membuka semula Gunung Lambak agar ianya dapat membantu memulihkan industri pelancongan di Kluang.

BACA: Buka kuari baharu 100 ekar dekat Gunung Banang ancam penduduk

Advertisement

“Ramai warga Kluang juga berhasrat untuk mendaki gunung selepas beberapa bulan Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan.

“Saya berharap MPK cakna tentang isu ini dan mengambil tindakan segera,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top