BM | EN | 中文

Majlis Media: Sebarang cadangan perlu diaju kepada jawatankuasa pro-tem – Gobind

IMG-20200125-WA0013.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 JAN: Sebarang cadangan penambahbaikan untuk menjaga kepentingan media serta pengamalnya perlu diajukan kepada jawatankuasa pro-tem Majlis Media, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Kata beliau, mana-mana pihak boleh menghantar cadangan kepada jawatankuasa itu dalam masa dua bulan untuk meneliti penyediaan Rang Undang-undang (RUU) bagi penubuhan serta fungsi Majlis Media.

Gobind berkata, pihaknya memberikan kebebasan kepada jawatankuasa pro-tem untuk membincangkan butirannya sebelum keputusan akhir dibawa ke mesyuarat kabinet.

Advertisement

“Sesiapa yang ada cadangan boleh diajukan kepada jawatankuasa pro-tem dan selepas itu mereka bincang dan buat keputusan.

“Sekiranya perlu Rang Undang-Undang, maka ianya perlu melalui proses yang sedia ada,” katanya kepada wartawan selepas mempengerusikan Mesyuarat Zon Selatan bersama ketua agensi KKMM di Jabatan Penerangan Johor, semalam.

Gobind yang juga ahli parlimen Puchong berkata, sebarang perbezaan pendapat yang wujud merupakan perkara biasa dan akan diteliti.

Advertisement

“Memang ada pendapat berbeza yang dilontarkan beberapa pihak dan saya menerima semua pandangan. Dalam sistem demokrasi, kita kena fikir secara demokratik.

“Kita perlu bersedia dan terima bahawa akan ada kritikan dan pendapat yang berbeza, ini semua adalah sebahagian daripada proses yang kita perlu lalui,” katanya lagi

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top