BM | EN | 中文

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL MBJB KUTIP RM 1.5 JUTA

MBJB-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 SEPT: Sebanyak RM1.5 juta berjaya dikutip menerusi Majlis Makan Malam Amal Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), malam tadi.

Datuk Bandar MBJB, Datuk Amran A Rahman berkata, majlis tersebut merupakan penganjuran yang kali kedua, selepas ia dianjurkan buat julung kali tahun lalu dengan kejayaan kutipan kira-kira RM1.1 juta.

“Sumbangan tersebut memperlihatkan keprihatinan, kepedulian dan sikap ambil berat badan-badan korporat, pemaju, perunding, kontraktor dan pihak swasta terhadap keperluan warga bandar raya Johor Bahru.

Advertisement

“Saya bagi pihak MBJB mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada semua para dermawan yang bermurah hati memberikan sumbangan.

“Semoga Allah SWT memberi ganjaran dan keberkatan,” katanya dalam ucapan alu-aluan pada majlis itu yang bersempena sambutan Jubli Perak MBJB.

Hadir sama; Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal

Advertisement

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan Dan Warisan, Mohd Khuzzan Abu Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, Tosrin Jarvanthi dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar, Tan Chen Choon.

Tambahnya, sumbangan tersebut akan disalurkan kepada 14 pertubuhan di Johor dengan lima penerima utama iaitu Yayasan Zarith Sofiah, Yayasan Bandaraya Johor Bahru, Rumah Seri Kenangan Johor Bahru, Persatuan Cerebral Palsy Johor Bahru dan Persatuan Down Syndrom Johor Bahru.

“Pemilihan lima pertubuhan ini berdasarkan program yang dianjurkan, khasnya dalam bidang kebajikan, pendidikan sosial dan sebagainya,” katanya lagi.

Advertisement

Majlis yang meraikan para dermawan itu turut diserikan dengan persembahan penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah serta pelakon tanah air Datuk Jalaluddin Hassan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top