BM | EN | 中文

MAJLIS KOMUNIKASI MULTIMEDIA JOHOR DIMUKTAMAD JAN 2020

gmbr-fail-dzulkefly-ahmad.jpg
Advertisement

GELANG PATAH, 5 DIS: Kerajaan negeri akan menubuhkan Majlis Komunikasi dan Multimedia Johor dan jawatankuasanya setakat ini sedang diperhalusi.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, majlis mesyuarat kerajaan (MMK) Johor bakal memuktamadkan jawatankuasa tersebut pada Januari tahun depan.

Katanya, jawatankuasa tersebut berperanan bekerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi mempromosi ekonomi digital di negeri ini.

Advertisement

“Kita sedang memperhalusi dan Insya-ALLAH akan dibawa seawal Januari dalam mesyuarat MMK untuk kita memuktamadkan penubuhan majlis komunikasi dan multimedia ini.

“Ekonomi digital akan menjadi industri yang baru. Ia juga akan menjadi pemangkin utama dalam pembangunan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas penyerahan bantuan kepada pelajar dari enam sekolah, dekat Forest City, hari ini.

Advertisement

Dzulkefly yang juga Adun Kota Iskandar berkata, menurut kajian, ekonomi digital akan menyumbang lebih kurang 25 peratus kepada kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2023.

“Kerajaan negeri menyahut cabaran ini dan kita juga telah masukkan dalam belanjawan (Johor) supaya ekonomi digital menjadi salah satu daripada pemangkin pertumbuhan ekonomi Johor,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri melalui Belanjawan Johor 2020 telah menyediakan insentif RM1 juta sebagai galakan kepada syarikat-syarikat bertaraf ekonomi digital bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Advertisement

“Insentif tersebut sebagai galakan yang akan menjadi pemangkin kepada kegiatan ekonomi digital di negeri ini.

“Kita juga mempunyai beberapa insentif terutama untuk setaraf syarikat berkenaan digital , kita berikan peruntukan RM 1 juta bagi mereka memulakan program tersebut.

“Insentif ini sama ada di peringkat pusat, dan di peringkat negeri akan diselia oleh Majlis Komunikasi dan Multimedia Johor,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top