BM | EN | 中文

Majlis Kayu-kayan Malaysia sedia dana RM28.3 juta bangunkan industri

Majlis-Kayu-kayan-Malaysia-sedia-dana-RM28.3-juta-bangunkan-industri.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Majlis Kayu-kayan Malaysia (MTC) memperuntukkan RM28.3 juta bagi dana pembangunan agar industri kayu-kayan lebih berdaya saing, menurut Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).

KPPK menjelaskan, sebagai subsektor ketiga terbesar selepas sawit dan getah, prestasi eksport kayu-kayan negara tahun ini sehingga Februari 2021 mencatatkan nilai berjumlah RM3.78 bilion, susut 3.3 peratus daripada angka pada tempoh yang sama 2020 berikutan kesan pandemik COVID-19.

“Justeru, MTC mengambil beberapa inisiatif baharu bagi membantu peserta industri.

Advertisement

“Ia termasuk program ‘Young Entrepreneur Society’, sebuah program yang direka untuk membantu peralihan kepimpinan pengasas kepada pengganti dalam industri perkayuan,” menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.

Program lain yang dirancang termasuk penempatan jurutera dan latihan prasiswazah dalam industri kayu-kayan 2021 serta ‘TimbeReality’ iaitu program khusus untuk mempromosikan produk kayu Malaysia di platform maya.

Kementerian itu menambah, terdapat juga program Inkubator Reka Bentuk 2.0 untuk menghubungkan pereka dan arkitek tempatan dengan syarikat berasaskan kayu dan perabot bagi menghasilkan produk kayu dan perabot bernilai tinggi buatan Malaysia di samping program Keusahawanan Pemasaran Digital dan program Bantuan Eksport.

Advertisement

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali baru-baru ini bertemu dengan peserta industri kayu-kayan menerusi sesi dialog bersama industri perkayuan dan majlis buka puasa di sini.

Majlis yang dianjurkan MTC itu diadakan sempena program jerayawara MTC 2021 untuk memberi penerangan mengenai perkembangan pasaran terkini di samping langkah dan usaha mengukuhkan lagi kedudukan industri perkayuan yang juga antara penyumbang utama kepada eksport komoditi negara.

Mohd Khairuddin dijadual bertemu dengan peserta industri kayu-kayan di peringkat negeri bagi sesi yang sama di Melaka (6 Mei), Seberang Jaya, Pulau Pinang (7 Mei) dan Johor Bahru, Johor (10 Mei).

Advertisement

 

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top