BM | EN | 中文

MAJLIS DAERAH YONG PENG TURUNKAN 366 PAPAN IKLAN HARAM

majlis-daerah-yong-peng.png
Advertisement

BATU PAHAT, 1 SEPT: Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) telah menurunkan sebanyak 366 papan iklan haram dalam Ops Billboard Haram di kawasan pentadbirannya pada Khamis lepas (29 Ogos).

Yang Dipertuanya, Mohd Hafiz Aliman berkata tindakan diambil kerana papan iklan tersebut tidak mendapat kelulusan spesifikasi daripada pihak berkuasa.

Katanya, penurunan dijalankan mengikut Seksyen 70 (1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Advertisement

Beliau berkata bagi membanteras secara total isu papan iklan haram, operasi akan diteruskan pada masa depan.

Dalam masa sama, usaha untuk mengesan semua pemilik papan iklan sedia ada turut akan dilakukan bagi membolehkan kompaun sehingga RM2,000 bagi setiap papan iklan dikeluarkan mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

“Kita akan melaksanakan usaha ini di semua kawasan pentadbiran MDYP yang merangkumi kawasan Yong Peng, Ayer Hitam, Parit Sulong, Seri Medan, Parit Yaani, Kangkar Bahru, Lam Lee dan bahagian kiri serta kanan jalan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) bermula dari KM80 hingga KM124,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top