BM | EN | 中文

MAJLIS DAERAH PONTIAN BERPOTENSI JADI MAJLIS PERBANDARAN DUA TAHUN LAGI

zuraida.jpg
Advertisement

PONTIAN, 13 OKT : Majlis Daerah Pontian (MDP) berpotensi dinaiktaraf menjadi majlis perbandaran dalam tempoh dua tahun lagi susulan jumlah hasil cukai dipungut telah melebihi seperti mana disyaratkan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin berkata, bagaimanapun jumlah penduduk di daerah itu perlu ditingkatkan untuk merealisasikan hasrat tersebut.

“Kriteria untuk menjadi majlis perbandaran jumlah penduduk kena seramai 200,000 dan kutipan cukai majlis pula RM20 juta.

Advertisement

“Dari segi pungutan cukai MDP telah capai di mana pungutan lebih RM37 juta namun jumlah penduduk hanya seramai 180,000.

“Insya-ALLAH dengan pembangunan, pelancongan di Kukup kita akan dapat tambahkan penduduk di Pontian untuk mencapai taraf majlis perbandaran,” katanya kepada wartawan selepas hadir lawatan di MDP, hari ini.

Dalam pada itu, Zuraida berkata, lawatannya ke daerah Pontian juga adalah untuk meninjau sendiri projek-projek diluluskan di bawah KPKT yang telah dimohon mantan Ahli Parlimen Tanjung Piai, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik.

Advertisement

Katanya, projek yang dimohon Allahyarham di parlimen berkenaan telah dibentangkan dan akan dilaksanakan pihak MDP termasuklah pembangunan di kukup antaranya medan selera.

“Kedatangan saya di sini adalah untuk melihat beberapa perkara sepeninggalan Allahyarham Dr Farid yang ketika itu berhubung dengan KPKT dan saya telah luluskan ketika itu.

“Jadi hari ini saya datang hendak lihat sama ada kerja-kerja telah dilaksanakan atau dalam perancangan atau dalam peringkat apa,”katanya lagi.

Advertisement

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top