BM | EN | 中文

Majlis Daerah Mersing lelong haiwan ternakan

logo-mdm-01-01-scaled.jpg
Advertisement

MERSING, 14 JAN : Majlis Daerah Mersing akan mengadakan program lelongan haiwan ternakan yang dilupus mengikut Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau (Majlis Daerah Mersing) 1995.

Lelongan tersebut akan diadakan pada 21 Januari ini pada jam 11 pagi bertempat di pejabat Majlis Daerah Mersing, di sini.

Lelongan awam itu melibatkan tujuh ekor lembu dan seekor kerbau di mana haiwan lelongan berkenaan boleh dilihat bermula dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Advertisement

Pembida yang berminat hendaklah menyediakan wang deposit secara tunai sebanyak RM200 untuk setiap lot pada hari yang sama.

Pembida yang berjaya hendaklah melakukan pembayaran penuh secara tunai pada hari lelongan bermula dari jam 11 pagi hingga 4 petang.

Setiap pembidaan adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan Majlis Daerah Mersing.

Advertisement

Untuk info lanjut boleh layari http://mdmersing.gov.my/ms/perniagaan/tender-sebutharga.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top