BM | EN | 中文

Majlis Bandaraya Shah Alam tawar diskaun kompaun 50 peratus sepanjang Ramadan

MBSA-tawar-diskaun-kompaun-50-peratus-sepanjang-Ramadan-Copy.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 15 APR: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaksanakan kempen pengurangan kompaun 50 peratus terhadap sembilan kesalahan sepanjang Ramadan ini bagi membantu orang awam menyelesaikan tunggakan.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata kempen sejak 13 April hingga 12 Mei ini juga sebagai mengelak orang kena kompaun (OKK) dikenakan tindakan lebih tegas.

“Sehubungan itu majlis menyediakan perkhidmatan Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheel (SAOW) setiap Sabtu di pasar raya terpilih.

Advertisement

“Bayaran terus boleh dibuat di kaunter utama Wisma MBSA atau pejabat cawangan Sungai Buloh, Kota Kemuning serta Setia Alam,” kata Shahrin Ahmad menerusi kenyataan semalam.

Terdahulu, Shahrin dilaporkan SelangorKini berkata, MBSA turut memberikan pengurangan kompaun sehingga RM30 bagi kesalahan tempat letak kereta.

“Orang ramai dinasihatkan mengambil peluang ini sebelum tindakan tegas dikenakan termasuk sekatan urusniaga di kaunter MBSA atau dikenakan tindakan mahkamah.

Advertisement

“Sebarang pertanyaan boleh hubungi bahagian Pengurusan Hasil Jabatan Kewangan di talian 03-55222882 atau 03-55105133 sambungan 1477, 1656, 1657 dan 1658 selain portal MBSA di eps.mbsa.gov.my,” katanya.

Berikut merupakan kompaun yang layak mendapat pengurangan sehingga 50 peratus:

1- Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut 1983
2- Undang-undang Kecil Taman (MBSA) 2005
3- Undang-undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005
4- Undang-undang Kecil Establisyemen Makanan (MBSA) 2007
5- Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (MBSA) 2007
6- Undang-undang Kecil Iklan (MBSA) 2007
7- Undang-undang Kecil Penjaja (MBSA) 2007
8- Perintah Pengangkutan Jalan MBSA 2007
9- Undang-undang Kecil Pasar (MBSA) 2007

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top