BM | EN | 中文

Majlis Bandaraya Shah Alam salur RM249,000 kepada 83 sekolah, bantu pelajar susah

MBSA-salur-RM249000-kepada-83-sekolah-bantu-pelajar-susah.jpg

Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haris Kasim kepada wakil Jabatan Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana, Petaling Utama, Klang dan Gombak. Acara di Galeri Mokara, Bangunan Wisma MBSA (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 1 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyalurkan bantuan kewangan RM249,000 kepada 83 sekolah dalam kawasan pentadbirannya.

Bahagian korporat dan perhubungan awam MBSA dilaporkan SelangorKini sebagai berkata, sumbangan diagih kepada pelajar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan golongan kurang berkemampuan.

“Bantuan diberi kepada pelajar yang dipilih oleh pihak sekolah mengikut keutamaan kategori pendapatan isi rumah B40 termasuk fakir miskin dan orang kelainan upaya (OKU).

Advertisement

“Kami harap sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga pelajar untuk membuat persiapan kelengkapan kembali ke sekolah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Penyampaian replika cek disempurnakan Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haris Kasim kepada wakil Jabatan Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana, Petaling Utama, Klang dan Gombak. Acara di Galeri Mokara, Bangunan Wisma MBSA.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top