BM | EN | 中文

Majlis Bandaraya Shah Alam agih dana, bekal makanan sihat buat siswa memerlukan

MBSA-agih-dana-bekal-makanan-sihat-buat-pelajar-susah.jpg

Mohd Rashidi Ruslan (dua, kiri) menyerahkan cek cura berjumlah RM150,000 kepada Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor Prof Madya Dr Badrul Isa (dua kanan) di Wisma MBSA, Shah Alam pada 27 April 2021. (Gambar Ehsan MBSA)

Advertisement

SHAH ALAM, 28 APR: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperuntukkan sejumlah RM210,000 bagi meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan pelajar memerlukan.

Pemangku Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan berkata sebanyak RM150,000 disalur kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk manfaat 500 penuntut kampus Shah Alam, Sungai Buloh dan Puncak Perdana selama satu semester.

Mohd Rashidi Ruslan menjelaskan baki dana diberikan kepada 50 sekolah rendah dan menengah bagi agihan makanan melalui tempahan di kantin selama enam bulan.

Advertisement

“Kita menyasar program ini dapat membantu pelajar terutama luar bandar dan berpendapatan rendah kerana mereka antara yang terkesan ketika pandemik Covid-19 serta memerlukan bantuan makanan berkhasiat setiap hari,” katanya.

Beliau yang ditemui baru-baru ini pada majlis penyerahan sumbangan di Wisma MBSA menambah, program tersebut sejajar matlamat pembangunan mampan pihak berkuasa tempatan itu.

Terdahulu, SelangorKini melaporkan Mohd Rashidi sebagai berkata, pendekatan ‘tiada siapa tertinggal di belakang’ meliputi isu pembangunan sosial, ekonomi termasuk kemiskinan, kelaparan, kesihatan dan keadilan sosial.

Advertisement

“Justeru, kita berharap program ini mendapat kerjasama pelbagai pihak sekali gus merealisasikan matlamat menjadikan Shah Alam bandar raya pintar, berdaya huni dan berdaya saing menjelang 2035,” katanya lagi.

Majlis tersebut dihadiri Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor Prof Madya Dr Badrul Isa dan Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Mohd Affendy Japar.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top