BM | EN | 中文

Majlis Agama Islam Selangor sumbang RM50,000 urus jenazah pesakit Covid-19

Mais-sumbang-RM50000-urus-jenazah-pesakit-Covid-19.jpeg

Gambar Ehsan Facebook Majlis Agama Islam Selangor

Advertisement

SHAH ALAM, 22 JULAI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyumbang RM50,000 bagi menyediakan alat pengurusan jenazah pesakit Covid-19 meliputi beg mayat dan sut pelindung diri (PPE).

Setiausaha Mais Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, bantuan kepada Pertubuhan Amal Valley, organisasi lantikan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk menguruskan jenazah membabitkan hospital di Selangor.

Dr Ahmad menjelaskan bantuan itu juga mempercepat pengebumian dan melancarkan pengurusan jenazah pesakit wabak yang berbeza dengan mayat biasa.

Advertisement

“Kami difahamkan setiap kematian berpunca dari Covid-19 memerlukan kos minimum RM940.50, satu beg mayat dan tujuh set PPE selain diuruskan pasukan terlatih serta berpengalaman.

“Oleh itu, sebagai kebersamaan Mais dan Jais dalam urusan melibatkan maslahah ummah, sumbangan disalurkan melalui Pertubuhan Amal Valley bagi melancarkan urusan pengebumian,” katanya, lapor SelangorKini.

Sementara itu, pengerusi Pertubuhan Amal Valley berterima kasih atas sumbangan terbabit berikutan keperluan PPE yang semakin meruncing akibat peningkatan jenazah selain kekurangan dana.

Advertisement

“Keselamatan sukarelawan menjadi keutamaan kerana bilangan sukarelawan yang ‘berani ‘ menguruskan jenazah Covid-19 tidak seramai pengurusan jenazah biasa, maka kewajipan persatuan untuk memastikan keselamatan mereka.

“Terima kasih kepada Mais dan Jais atas keprihatinan, semoga kerjasama ini dapat merancakkan nilai dan semangat kesukarelawanan di kalangan rakyat Malaysia,” kata Dr Azfar Hussin.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top