BM | EN | 中文

Majlis Agama Islam Selangor sumbang RM10,000 kepada pertubuhan orang buta

Majlis-Agama-Islam-Selangor-MAIS-1.png
Advertisement

SHAH ALAM, 28 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyalurkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM).

Agensi itu berkata peruntukan itu bagi membekalkan makanan asas kepada 1,000 keluarga orang kelainan upaya (OKU) yang terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan. Kita turut mengalu-alukan sumbangan daripada masyarakat bagi membantu individu yang kurang berkemampuan terutama ketika pandemik Covid-19,” katanya, lapor SelangorKini.

Advertisement

Mereka yang ingin menyumbang bersama Mais boleh melayari pautan https://www.mais.gov.my/sedekah/ atau hubungi 03-5514 3752/3773 untuk maklumat lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top