BM | EN | 中文

Majlis Agama Islam Selangor sumbang RM1 juta sempena sambutan 25 tahun KUIS

Majlis-Agama-Islam-Selangor-MAIS-1.png
Advertisement

SHAH ALAM, 6 OKT: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyerahkan sumbangan RM1 juta kepada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) sempena sambutan Jubli Perak (25 tahun) universiti itu pada 2 Oktober lalu.

Sumbangan diserahkan Setiusaha Mais, Dr Ahmad Shahir Makhtar kepada Rektor Kuis, Profesor Datuk Dr Ab Halim Tamuri.

Mais memaklumkan dana melalui peruntukan wang baitulmal itu merupakan suntikan rangsangan bagi universiti milik Kerajaan Selangor terbabit.

Advertisement

“Ini menunjukkan sikap ambil berat Mais terhadap kebajikan pelajar institut pengajian tinggi serta memberi tumpuan pembangunan pendidikan di Selangor,” katanya lapor Media Selangor..

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top