BM | EN | 中文

Majlis Agama Islam Selangor pelihara kebajikan 794 anak yatim terjejas Covid-19

MAIS-DYTM-Tengku-Amir-Shah-Raja-Muda-Selangor.jpg

Penyerahan Replika Cek Sumbangan Syarikat Korporat untuk Aktiviti Kebajikan YIDE kepada DYTM Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor (Gambar Ehsan MAIS/SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 16 OKT: Seramai 794 anak yatim seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) yang terkesan akibat Covid-19 menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Sumbangan berjumlah RM115,000 melalui baitulmal bagi menampung keperluan pendidikan golongan tersebut selain memelihara kebajikan mereka, kata setiausaha Mais.

“Mais berharap bantuan ini menyuntik motivasi kepada anak-anak yatim supaya terus cemerlang dan berusaha lebih gigih dalam pelajaran,” kata Dr Ahmad Shahir Makhtar, lapor SelangorKini.

Advertisement

Penyampaian cek cura disempurnakan Pengerusi Mais Tan Sri Andul Aziz Mohd Yusof kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah di Istana Mestika semalam.

Bantuan sempena Majlis Pelancaran Bulan Anak Yatim turut dihadiri Pengerusi Yide Datuk Bakhtiar Hussin.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top