BM | EN | 中文

Majlis Agama Islam Selangor bantu ratusan individu terjejas Covid-19

Ratusan-individu-terjejas-Covid-19-dapat-bantuan-Mais.jpg

Kakitangan Mais menyerahkan pek makanan kepada salah seorang individu yang terkesan akibat Covid-19 sekitar Sabak Bernam dan Klang pada 19 Jun 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 20 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) semalam menyumbangkan pek makanan kepada 270 individu sekitar Sabak Bernam dan Klang yang terkesan akibat Covid-19.

Agensi itu memaklumkan bantuan bernilai RM27,000 meliputi makanan asasi seperti beras dan minyak masak.

“Ada dalam kalangan penerima ini mereka yang terputus perbelanjaan, tidak dapat bekerja akibat majikannya tidak beroperasi dan ada juga pendapatan yang terjejas sebab tidak boleh berniaga.

Advertisement

“Sumbangan menggunakan peruntukan fidyah Mais diagihkan kepada penerima yang dikenal pasti sekitar Sabak Bernam dan Klang. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka,” menurut kenyataan agensi itu, lapor SelangorKini.

Mais memperuntuk RM2 juta untuk membantu 20,000 keluarga yang terjejas akibat Covid-19 terutama golongan berpendapatan rendah atau mereka yang hilang punca pendapatan.

Program itu mendapat kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor, Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd, Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan, masjid dan surau di daerah terlibat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top