BM | EN | 中文

Majlis Agama Islam Selangor bantu 71 pemandu van, bas sekolah terjejas pendapatan

Majlis-Agama-Islam-Selangor.jpg

Setiausaha Mais Ahmad Shahir Makhtar menyerahkan agihan bantuan makanan kepada AJK Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur (PBSSPKL) Rizana Sadikin (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 21 JUL: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) membantu 71 pemandu van dan bas sekolah yang terjejas pendapatan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mais dalam kenyataan memaklumkan sejumlah RM7,100 diperuntuk dengan setiap individu menerima bantuan makanan asas bernilai RM100 menerusi program Dapur Fidyah Mais.

“MAIS berharap, semoga bantuan yang disampaikan ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh penerima,” menurut kenyataan Mais, lapor SelangorKini.

Advertisement

Bantuan berkenaan disalurkan kepada AJK Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur (PBSSPKL) Rizana Sadikin oleh Setiausaha Mais Dr Ahmad Shahir Makhtar.

Selain itu, sejumlah RM39,800 diperuntuk untuk mengagihkan bantuan fidyah di kawasan Klang, Petaling dan Sabak Bernam.

Masyarakat Islam yang ingin membayar fidyah secara dalam talian boleh berbuat demikian menerusi pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top