BM | EN | 中文

Majlis Agama Islam Selangor bantu 200 keluarga Islam terjejas banjir di Kemboja

Mais-Tampil-Hulur-Sumbangan-Kepada-Mangsa-Banjir-Kemboja.jpg

Gambar Ehsan Majlis Agama Islam Selangor

Advertisement

SHAH ALAM, 30 NOV: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyumbang RM10,000 kepada 200 keluarga Islam di Kemboja yang menjadi mangsa banjir bulan lalu.

Setiausaha Mais, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata penerima dari keluarga fakir, miskin dan anak yatim itu menerima sumbangan seperti beras, gula, minyak masak dan susu bagi memenuhi keperluan mereka.

“Peruntukan dari Baitulmal Mais ini bertujuan memenuhi maslahah ummah terutamanya membantu mereka yang memerlukan.

Advertisement

“Diharap sumbangan ini dapat memberi manfaat dan meringankan beban untuk mereka kembali membina kehidupan baharu,” katanya, lapor SelangorKini.

Sumbangan diserahkan kepada Persatuan Kebajikan Pendidikan Islam Kemboja bagi memudahkan urusan pengagihan.

Pada 23 Oktober lalu, beberapa kawasan penempatan umat Islam di Kemboja mengalami banjir. Antaranya Wilayah Pusat, Kandal, Banttangbong Kg Cham dan Phnom Penh.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top