BM | EN | 中文

Majlis Agama Islam Selangor bangunkan dua projek perumahan atas tanah wakaf

Dua-projek-perumahan-dibangunkan-atas-tanah-wakaf-Mais.jpg

Pengerusi Mais Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (dua, kiri) mengorek tanah sebagai simbolik perasmian dan pecah tanah projek perumahan wakaf UME Impian dan Idaman di Jalan Limau, Meru, Klang pada 28 Oktober 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

KLANG, 29 OKT: Dua projek perumahan dibangunkan atas tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Selangor (Mais) di Jalan Limau, Kapar di sini dengan nilai pembangunan kasar RM28 juta.

Dikenali sebagai UME Impian dan UME Idaman, projek berkeluasan 1.21 hektar setiap satu berkonsepkan ‘istibdal’ iaitu menggantikan tanah wakaf dengan tanah lain bernilai tinggi, kata pengerusi Mais.

Pembinaan perumahan oleh anak syarikat Perbadanan Wakaf Selangor itu turut diluluskan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor sejak 17 Oktober 2017, jelas Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoh.

Advertisement

“Tujuan kita menggunakan kaedah ini supaya mudah tanah wakaf ini dibangunkan untuk projek perumahan, malah ia turut dibenarkan mengikut hukum,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan projek berkenaan disini, semalam.

Abdul Aziz berkata kedua-dua pembinaan masing-masing melibatkan 37 unit rumah teres satu tingkat dengan tawaran harga antara RM380,000 sehingga RM480,000.

Advertisement

“Semoga pelaksanaan projek ini dapat memberi peluang kepada lebih ramai umat Islam untuk memiliki rumah dengan harga berpatutan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top