BM | EN | 中文

Majlis Agama Islam Selangor agih lebih 1,000 bakul makanan untuk pengusaha bas sekolah

Mais-agih-lebih-1000-bakul-makanan-untuk-pengusaha-bas-sekolah.jpeg

Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Dr Ahmad Shahir Makhtar menyampaikan sumbangan makanan asas kepada Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur Mohamad Harun Mohamad Sidik pada 14 Ogos 2021 (Gambar Ehsan MAIS/SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 14 OGOS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan 1,147 bakul makanan kepada pengusaha bas sekolah di negeri ini yang terkesan akibat Covid-19.

Setiausaha Mais, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata sumbangan itu memperuntukkan RM114,700 yang diberi dalam bentuk makanan asas seperti minyak masak, beras, tepung dan gula.

“Semoga bantuan itu meringankan beban penerima yang rata-ratanya amat terjejas ketika ini,” katanya, lapor SelangorKini.

Advertisement

Sumbangan disampaikan Dr Ahmad Shahir kepada Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur Mohamad Harun Mohamad Sidik hari ini.

Sementara itu, Mohamad Harun berterima kasih kepada agensi terbabit dan berharap sumbangan seumpama itu diteruskan lagi sekiranya sekolah masih belum dibuka serta pada masa depan.

“Insya-Allah bantuan Mais ini kita akan edarkan kepada ahli selewatnya Selasa ini,” katanya.

Advertisement

Orang ramai yang ingin membuat bayaran fidyah boleh melayari laman sesawang Mais di www.mais.gov.my atau membuat bayaran menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top