BM | EN | 中文

Majlis Agama Islam Selangor agih barangan dapur, bantu 502 keluarga susah

Mais-aktif-agih-barang-dapur-bantu-lagi-502-keluarga-susah.jpg

Kakitangan Mais (kiri) menyerahkan bantuan makanan kepada keluarga terkesan akibat Covid-19 sekitar Klang, Petaling dan Sepang pada 17 Ogos 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 18 OGOS: Sebanyak 502 keluarga sekitar Klang, Petaling dan Sepang yang hilang pendapatan akibat Covid-19 menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) semalam.

Agensi itu memaklumkan setiap keluarga menerima bakul makanan bernilai RM100 yang diagihkan melalui kutipan fidyah berjumlah RM50,200 keseluruhannya.

“Sumbangan dalam bentuk makanan asasi seperti beras, tepung, minyak, gula dan sebagainya.

Advertisement

“Mais mengucapkan jutaan terima kasih kepada 16 Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS terdiri daripada kariah surau dan masjid kerana memberi kerjasama menjayakan agihan sumbangan,” katanya, lapor SelangorKini.

Antara rakan strategik terlibat ialah Masjid Kampung Raja Uda, Surau Ehsaniah, Masjid Nurul Ehsan, Surau At-Taqwa dan Surau Al-Jabbar.

Dalam pada itu, Mais turut menggalakkan orang ramai membayar fidyah secara dalam talian melalui pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

Advertisement

Pada 13 Ogos, pengerusi Mais berkata sebanyak RM3 kutipan fidyah diagihkan kepada 20,000 keluarga yang terkesan akibat Covid-19 sejak awal tahun ini.

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjelaskan bantuan disalurkan antara RM30,000 hingga RM40,000 setiap minggu dan dibuat secara berterusan di seluruh negeri.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top