BM | EN | 中文

Majlis Agama Islam Selangor agih bantuan RM30,300 kepada 303 keluarga

Mais-agih-bantuan-RM30300-kepada-303-keluarga-di-tiga-daerah.jpg

Wakil Mais menyampaikan pek makanan asas kepada seorang penerima pada 28 Julai 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM 28 JUL: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meneruskan agihan fidyah dengan menyalurkan bantuan kepada 303 keluarga terputus pendapatan akibat Covid-19.

Agensi itu berkata sejumlah RM30,300 diperuntuk untuk bantuan makanan kepada penerima di Hulu Selangor melibatkan 156 keluarga, Kuala Langat (83) dan Kuala Selangor (64) .

“Mereka menerima bantuan makanan asas termasuk beras, tepung, gula bernilai RM100. Pengedaran bantuan kali ini melibatkan tujuh rakan strategik fidyah Mais antaranya masjid dan surau,” menurut kenyataan agens itu, lapor SelangorKini.

Advertisement

Mais memperuntuk sejumlah RM2 juta agihan fidyah bagi membantu 20,000 keluarga Islam yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Bantuan dikhususkan kepada golongan berpendapatan rendah, individu dibuang kerja, cuti tanpa gaji, dikurangkan gaji sehingga 50 peratus atau yang hilang punca pendapatan.

Mereka yang ingin membayar fidyah secara dalam talian boleh berbuat demikian menerusi pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top