BM | EN | 中文

Majlis Agama Islam Selangor agih bantuan fidyah

Mais-agih-bantuan-fidyah.jpg

Pengarah Pembangunan Sosial Mais, Suhaimi Ismail serta Pengurus Pendaftar Muallaf dan Pembangunan, Mohd Romzi Mohd Sani menyampaikan sumbangan kepada penerima semalam. (Gambar Ehsan FB Majlis Agama Islam Selangor)

Advertisement

SHAH ALAM, 30 DIS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan bantuan fidyah kepada 309 penerima di beberapa kawasan termasuk Kuala Selangor dan Sabak Bernam semalam.

Agensi itu berkata kos keseluruhan bantuan bernilai RM30,900 itu meliputi makanan kering berupa beras, minyak, gula, tepung dan susu.

“Bantuan ini dapat meringankan beban kepada penerima yang terkesan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan akan diberikan secara berperingkat” katanya, lapor SelangorKini.

Advertisement

Agensi itu berkata agihan disempurnakan Pengarah Pembangunan Sosial Mais, Suhaimi Ismail serta Pengurus Pendaftar Muallaf dan Pembangunan, Mohd Romzi Mohd Sani.

Tambahnya agihan sumbangan itu adalah dengan kerjasama Sahabat Hospital Selangor untuk 13 penerima, Sahabat Hospital Kajang untuk 24 penerima, Sahabat Hospital Serdang untuk 18 penerima, Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat untuk 67 penerima sumbangan.

“Turut menerima sumbangan ini penduduk di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi untuk 88 penerima sumbangan.

Advertisement

“Untuk makluman, jumlah keseluruhan agihan sumbangan fidyah ini adalah sebanyak RM30,900 untuk 309 orang penerima. Sumbangan diagihan pada 29 hingga 30 Disember,” menurut kenyataan itu,

Bantuan yang terima adalah dalam bentuk makanan kering berupa beras, minyak masak, gula, tepung dan susu.

Tambahnya, umat Islam yang ingin membuat bayaran fidyah boleh melayari laman web Mais di MAIS – Majlis Agama Islam Selangor atau bayaran boleh dibuat terus menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php,” katanya.

Advertisement

Fidyah merupakan bayaran dikenakan ke atas seseorang yang tidak menggantikan puasa yang ditinggalkannya sehingga masuk Ramadhan tahun yang berikutnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top