BM | EN | 中文

Majlis Agama Islam Negeri Johor terima zakat perniagaan RM11.424 juta dari 18 syarikat

Majlis-Agama-Islam-Negeri-Johor-MAINJ-terima-zakat-perniagaan-RM11.424-juta-dari-18-syarikat.jpg

Gambar Ehsan FB Hasni Mohammad

Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 AAPR: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menerima zakat perniagaan berjumlah RM11.424 juta daripada 18 buah syarikat swasta dan anak syarikat kerajaan negeri bagi tahun ini.

Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata zakat pemiagaan itu disampaikan oleh wakil syarikat masing-masing pada satu majlis di kediaman rasminya di Saujana, di sini kelmarin.

Katanya, antara syarikat berkenaan ialah Maybank Islamic Berhad iaitu sebanyak RM209,519 dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) serta anak-anak syarikatnya sebanyak RM461,200.

Advertisement

Selain itu, Syarikat Rempah Mak Siti Product Sdn Bhd turut menyerahkan zakat sebanyak RM60,000, diikuti Nasuha Enterprise Sdn Bhd (RM100,000), TETO Engineering Sdn Bhd (RM100,000) dan Sime Darby Properties Berhad (RM100,000),” katanya menerusi kenyataan, di sini semalam.

Hasni berkata selain zakat perniagaan, majlis pengagihan dividen Hari Raya Felcra 2021 kepada para pesertanya dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM18.696 juta turut diadakan semalam.

Katanya ini diikuti penyerahan bantuan kepada penerima Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat Negeri Johor (SPKR) dengan jumlah keseluruhan RM572,400 serta sumbangan kerajaan negeri kepada balu-balu dan anggota Polis Diraja Malaysia serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kurang upaya dan cedera dengan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM231,200.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top