BM | EN | 中文

Majikan tak lakukan ujian Covid-19 keatas pekerja asing boleh diambil tindakan

Vidyananthan-Ramanadhan.jpg

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 MEI: Majikan yang tidak melakukan ujian Covid-19 keatas pekerja asing boleh diambil tindakan oleh penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan turut berkata bagi pekerja yang tidak berdaftar di bawah
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan mereka disaring ujian Covid-19 di klinik-klinik swasta yang telah ditetapkan.

“Ini selaras dengan SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang ditetapkan di bawah PKPB. Pihak Berkuasa Tempatan akan memantau industri
bagi memastikan mereka mematuhi arahan dan SOP yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Menurut beliau lagi sehingga 25 Mei, bilangan kes Covid-19 yang melibatkan warga asing yang dilaporkan di Johor adalah seramai 44 orang, di mana hanya 17 melibatkan pekerja asing.

“Sehingga kini, hampir kesemua kes telah sembuh dan hanya 7 kes yang masih dirawat di hospital,” katanya lagi.

Katanya di samping menjalankan ujian Covid-19, majikan bertanggungjawab untuk memastikan pemeriksaan suhu badan dan gejala sebelum memasuki premis dan penyediaan tempat mencuci tangan atau hand sanitizer.

Advertisement

Majikan juga perlu kerap melaksanakan proses pembersihan dan pembasmian kuman terutamanya ruang guna sama, mengamalkan jarak sosial selamat iaitu sekurang-kurangnya satu meter termasuk di ruang kerja dan ruang makan.

Selain itu majikan perlu memastikan para pekerja mereka mengelakkan 3S, iaitu di ruang sempit, ruang sesak dan sembang dekat.

“Pekerja yang mempunyai kediaman sendiri juga perlu mematuhi dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan tersebut di samping mengambil
inisiatif sendiri untuk kerap menjalankan sanitasi dan pembersihan rumah atau tempat kediaman masingmasing.

Advertisement

“Pihak Jabatan Tenaga Kerja juga akan memantau situasi mereka ini dari masa ke semasa,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top