BM | EN | 中文

Majikan perlu pastikan bekalan makanan dan kesihatan pekerja tapak binaan dijaga – Adun Mengkibol

Chew-Chong-Sin.jpeg
Advertisement

KLUANG, 28 JUL: Para majikan perlu memastikan bekalan makanan dan kesihatan pekerja di tapak binaan dijaga, kata Adun Mengkibol Chew Chong Sin.

Chong Sin bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada pemaju dan kontraktor binaan yang menjaga kebajikan pekerja mereka.

Advertisement

“Pekerja asing datang mencari rezeki dan kirimkan wang kepada keluarga mereka telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara kita.

“Maka kita haruslah juga memastikan mereka sihat dan dibekal makanan yang mencukupi dalam tempoh yang sukar ini,” kata Chong Sin dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau memaklumkan pihaknya bersama Pejabat Adun Mengkibol telah melawat beberapa tapak binaan dan menyumbang barangan dapur pada April 2020 semasa PKP 1.0,

Advertisement

Sebelum ini dimaklumkan terdapat lebih 30 kes positif di asrama tapak binaan berhampiran, ketika PKPD dilaksanakan.

Antara barangan yang disumbangkan ialah bakul makanan dan pelitup muka.

“Terima kasih kepada syarikat, individu yang pemurah hati dan menyumbangkan barang makanan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top