BM | EN | 中文

Majikan, pengusaha kilang di Johor perlu pro aktif maklum kes COVID-19 kepada PKD

saringan-pekerja-kilang-covid-19.jpg

Gambar Hiasan (Gambar Ehsan FMT)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 JAN: Majikan termasuk pengusaha-pengusaha kilang perlu bersikap lebih proaktif dengan memaklumkan kepada Bilik Gerakan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) sekiranya mereka mengesan kes positif COVID-19 di premis masing-masing.

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Primer) Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) Dr Suhaila Abdul Shukor berkata perkara itu penting kerana makluman awal dapat membantu pihak berkuasa mengambil tindakan pantas dalam usaha mengekang penularan wabak itu.

“Majikan termasuk pengusaha kilang perlu memainkan peranan penting dalam memberitahu kes-kes positif kepada Bilik Gerakan PKD terdekat,” katanya semasa menjadi panelis program CAC: Kepentingan Dalam Pengurusan COVID-19 yang disiarkan secara langsung di Facebook rasmi JKNJ semalam.

Advertisement

Beliau berkata selepas dimaklumkan, Bilik Gerakan PKD akan membuat susun atur dan penyelarasan untuk pergi ke syarikat atau kilang berkenaan, dan pihaknya boleh menggerakkan pasukan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Bergerak untuk ke lokasi.

Menurutnya CAC Bergerak disediakan di setiap daerah negeri ini sebagai tambahan kepada CAC statik yang diwujudkan di klinik kesihatan, dewan atau mana-mana kawasan yang telah dipilih.

“Kita wujudkan ‘Mobile CAC’ ini bagi kluster-kluster industri yang melibatkan kilang, industri besar dan sebagainya kerana secara praktikal ia (pelaksanaannya) agak susah. Kalau satu kilang itu ada 50 orang positif datang naik bas beramai dan berkumpul di CAC statik, kita akan ada masalah di situ,” katanya.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top