BM | EN | 中文

MAJIKAN HALANG MENGUNDI BOLEH DIPENJARA, DENDA RM5,000

spr.jpg
Advertisement

 

PONTIAN, 15 NOV: Majikan boleh dipenjara setahun atau didenda RM5,000 jika tidak membenarkan pekerja mereka keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai esok, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun.

“SPR ingin mengingatkan majikan supaya membenarkan pekerja mereka yang berdaftar sebagai pemilih untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.165 Tanjung Piai esok.

Advertisement

“Mana-mana majikan yang menghalang pekerja mereka untuk keluar mengundi boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara selama setahun, jika sabit kesalahan,” katanya.

Azhar dalam kenyataan hari ini turut mengingatkan semua pihak yang bertanding bahawa tempoh rasmi berkempen akan tamat pada malam ini iaitu sehingga jam 11.59 minit malam, 15 November 2019.

“Selepas tempoh itu berakhir, semua pihak hendaklah menghentikan sebarang bentuk aktiviti berkempen termasuk aktiviti merayu undi.

Advertisement

“Tiada mana-mana pihak yang boleh merayu undi termasuklah di luar Pusat Mengundi dan juga melalui saluran media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain.

“SPR juga mengingatkan bahawa semua parti adalah dilarang untuk membuka, membina atau menyelenggara pejabat dan barung semasa Hari Mengundi,” katanya.

Tambah Azhar, mana-mana pihak yang melakukan kesalahan akan berdepan tindakan undang-undang.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top