BM | EN | 中文

Majikan didenda RM 40,000 gagal sediakan peralatan cegah jatuh yang lengkap

MAHKAMAH-01-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 DIS : Sebuah syarikat pembinaan dijatuhkan hukuman denda RM40,000 selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan gagal memastikan setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja kepada semua pekerjanya.

Syarikat Jia Qi Constructions Sdn Bhd sebagai majikan didapati gagal mengadakan peralatan cegah jatuh yang lengkap bagi kerja-kerja di tempat tinggi sehingga menyebabkan seorang pekerja maut.

Oleh itu syarikat berkenaan didakwa di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor.

Advertisement

Pada 1 Jun 2019 seorang pekerja syarikat itu maut akibat terjatuh dari tingkat 9 ke atas podium ketika membuat kerja-kerja plastering bagi tujuan pembaikan kecacatan pada bahagian luar bangunan.

Majikan didapati tidak menyediakan tali nyawa (life line) atau apa-apa penambat (anchor) semasa menjalankan kerja-kerja di tempat tinggi.

Syarikat Jia Qi Constructions Sdn Bhd sebagai majikan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Wan Mohd Norisham Wan Yaakob dan telah dijatuhkan hukuman denda RM40,000.

Advertisement

Pendakwaan dikenakan Pegawai Pendakwa JKKP Johor, Khairul Amin Mohd Sarmin. Manakala, siasatan terhadap kes tersebut dijalankan oleh pegawai siasatan JKKP Johor, Norshadia Supandi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top