BM | EN | 中文

Majikan di Johor hantar ramai warga asing ke PPV ‘walk-in’ dibimbangi ketepi warga tempatan

gan-peck-cheng-adun-penggaram.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 7 SEPT: Tindakan para majikan di Johor menghantar terlalu ramai warga asing ke pusat pemberian vaksin (PPV) bagi mendapatkan vaksin secara walk-in, secara tidak langsung mengenepikan peluang penduduk tempatan.

Adun Penggaram, Gan Peck Cheng berkata tindakan itu menimbulkan kebimbangan ke kalangan masyarakat setempat dan dibimbangi menggagalkan matlamat asal program vaksinasi secara walk-in.

“Fenomena pekerja asing mendapatkan vaksin bukanlah baru, dan ia telah berlaku di PPV Yong Peng dan UTHM pada hujung Julai dan awal Ogos.

Advertisement

“Lebih menyedihkan, pada hari yang sama ketika Penggaram menjalankan pemberian Bakul Makanan di Ayer Hitam, sebuah kawasan parlimen Menteri, ramai di antara mereka termasuk warga emas, mengadu masih belum menerima sebarang temujanji untuk divaksin.

“Penggaram tidak menafikan bahawa pekerja asing berhak dan perlu divaksin, tetapi ianya perlu dilaksanakan secara lebih teratur dan adil bagi semua pihak, terutama Bangsa Johor.

“Apakah langkah kerajaan negeri di dalam membantu majikan yang berhadapan masalah ini? kata Gan dalam perbahasan di Dewan Negeri Johor semalam.

Advertisement

Beliau turut meminta kerajaan Johor menjelaskan perkembangan program Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang dianjurkan kerajaan pusat bagi kemudahan pekerja-pekerja swasta, termasuklah pekerja asing.

“Penggaram juga maklum, terdapat banyak majikan yang belum menerima balasan dari MITI mengenai permohonan PKAS,” katanya lagi.

Gan menambah, pada 5 September lalu, sekurang-kurangnya 4 buah bas telah membawa warga asing bagi mendapatkan vaksin secara walk-in di Dewan Terbuka Taman Hajjat, Batu Pahat.

Advertisement

Sedangkan katanya, masih ramai lagi warganegara yang menantikan temujanji bagi mendapatkan vaksin, terpaksa bersaing dengan pekerja asing di Program vaksinasi secara walk-in.

“Pekerja-pekerja asing tersebut telah mendapat vaksin secara percuma, sedangkan jika melalui PKAS, bayaran akan dikenakan sebanyak RM 90 untuk seorang.

“Lebih mengecewakan lagi, terdapat warganegara kita yang terpaksa membayar vaksin kerana terlalu lama menunggu temujanji.

Advertisement

“Penggaram berharap, kerajaan dapat memantau perkara ini sewajarnya, agar tiada pihak yang memanipulasi pemberian vaksin secara walk-in, sama ada mendapat sebarang habuan bagi mengatur pemberian vaksin kepada pekerja asing,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top