BM | EN | 中文

Mais agih sumbangan RM57,600 kepada mangsa banjir di tiga kawasan Kuala Selangor

Mais-agih-sumbangan-RM57600-kepada-mangsa-banjir-di-Kuala-Selangor.png

Wakil Majlis Agama Islam Selangor (dua dari kanan) mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir di Kuala Selangor (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 6 FEB: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meneruskan usaha membantu mangsa banjir dengan menyalurkan bantuan set makanan asasi berjumlah RM57,600, semalam.

Agensi itu memaklumkan sumbangan 576 set makanan itu diagih kepada mangsa di tiga kawasan di Kuala Selangor iaitu Kampung Asahan, Kampung Tanjung Siam dan Kampung Parit Mahang.

“Alhamdulillah, bantuan itu adalah hasil sumbangan Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan Majlis Agama Islam Sabah.

Advertisement

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban kesemua mangsa yang terkesan akibat banjir dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya, lapor SelangorKini.

Pada 8 Januari lalu dilaporkan, Mais memperuntuk sebanyak RM38.1 juta bagi membantu mangsa banjir negeri ini yang terjejas dalam insiden 17 Disember lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sumbangan membabitkan wang tunai, set makanan asasi, keperluan asas, pakaian sekolah, peralatan pembersihan dan baik pulih kerosakan.

Advertisement

Selain itu, katanya, agensi itu turut menerima sumbangan dari Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan Pusat Zakat Negeri kepada mangsa banjir di negeri ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top