BM | EN | 中文

MAIS agih fidyah RM29,700 bantu penduduk susah di Hulu Langat

Selangor-Mais.png
Advertisement

SHAH ALAM, 10 JUL: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) kelmarin mengagihkan fidyah berjumlah RM29,700 bagi membantu 297 penduduk susah sekitar Hulu Langat dan Petaling.

Agensi itu dalam kenyataan berkata, sumbangan kepada golongan terkesan Covid-19 meliputi makanan asas seperti beras dan minyak masak bernilai RM100.

“Kepada pembayar fidyah yang budiman, Mais mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan beban mereka semua,” katanya, lapor SelangorKini.

Advertisement

Agihan membabitkan kerjasama Masjid Raja Alang, Hidayah Centre Foundation, Sekolah Rendah Agama (SRA) Seksyen 16, Sekolah Rendah Islam Darul Ehsan, SRA USJ 17 dan Majlis Bandaraya Subang Jaya.

Masyarakat Islam yang ingin membayar fidyah secara dalam talian boleh berbuat demikian menerusi pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

Mais memperuntuk sebanyak RM2 juta agihan fidyah bagi membantu 20,000 keluarga Islam yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Advertisement

Bantuan dikhususkan kepada golongan berpendapatan rendah, individu dibuang kerja, cuti tanpa gaji, dikurangkan gaji sehingga 50 peratus atau yang hilang punca pendapatan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top