BM | EN | 中文

MAINJ bincang semula pengesahan status diri untuk bernikah di pesuruhjaya sumpah

majlis-agama-islam-negeri-johor-maij-MAINJ.jpg
Advertisement

KULAI, 17 JUL: Pelaksanaan pengesahan status diri untuk bernikah yang mensyaratkan pasangan perlu mendapatkan pengesahan di pesuruhjaya sumpah sahaja, akan dibincangkan dalam mesyuarat penuh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) pada 30 Julai.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata ini berikutan banyak aduan yang diterima daripada pasangan yang ingin bernikah kerana langkah itu ada yang menyulitkan pasangan selain turut dikenakan caj yang membebankan.

“Saya akan membawa perkara ini dalam mesyuarat untuk pertimbangan semula demi kepentingan rakyat…dalam mesyuarat penuh MAINJ kita akan kaji semula prosedur operasi standard (SOP) (baharu) ini,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Katanya, sebelum ini pasangan hanya perlu mendapat pengesahan daripada penghulu, ketua kampung, amil kawasan serta majikan tetapi syarat baharu sekarang perlu mendapat pengesahan daripada pesuruhjaya sumpah.

Tosrin berkata setakat ini, beliau menerima aduan daripada 12 pasangan dari pelusuk negeri termasuk Muar, Batu Pahat, Kulai dan Johor Bahru.

“Ada yang dicaj sebanyak RM5, RM10 dan berbagai lagi tetapi pada saya baiklah ikut SOP lama…ia memudahkan pasangan…apa-apa saya akan pertimbangkan dalam mesyuarat nanti,” katanya.

Advertisement

Dalam surat bertarikh 23 Jun lepas, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bersetuju supaya pasangan yang ingin bernikah mendapatkan pengesahan status diri melibatkan status bujang, dara, duda dan janda di pesuruhjaya sumpah beragama Islam sahaja.

Terdahulu Tosrin hadir ke majlis ziarah Perkeso waris kepada Maimon Adam yang meninggal dunia akibat kanser payudara di Felda Bukit Batu, di sini, semalam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top