BM | EN | 中文

MAINJ ALU-ALUKAN KOLABORASI DAKWAH

47FC6A8F-0277-4719-97A3-89BE349256B0.jpeg

GELANG PATAH, 22 OGOS: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mengalu-akukan mana-mana pihak termasuk syarikat swasta untuk menjalin kerjasama dan menghulurkan bantuan bagi misi dakwah di perkampungan Orang Asli di negeri ini.

Perkara tersebut juga boleh diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat terbabit, menurut MAINJ.

Pegawai Dakwahnya, Riduan Mohd Roslan berkata, program dakwah MAINJ bertujuan untuk mendekati masyarakat Orang Asli disamping merapatkan lagi hubungan silaturahim di antara pelbagai pihak dengan masyarakat pribumi itu.

“MAINJ akan sentiasa membantu memberikan pendidikan agama, menjaga dan membantu pelbagai urusan melibatkan saudara baru, terutamanya di kalangan masyarakat Orang Asli,” kata Riduan kepada Johorkini.

Justeru itu katanya, penglibatan pihak lain seperti institusi pengajian tinggi (IPT), persatuan mahu pun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam program berbentuk kemasyarakatan turut membantu dalam menjalinkan ukhwah di kalangan orang awam dengan masyarakat setempat.

“Kita juga merancang untuk mengadakan program sebegini di tempat lain. Sebab itu, kita mengalu-alukan sokongan dan pengilbatan dari pihak swasta, IPT dan badan bukan kerajaan,” tambahnya.

Riduan berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Rumah Darul Hikmah di Kampung Simpang Arang, yang disempurnakan Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, petang semalam.

Rumah Darul Hikmah, Kampung Simpang Arang yang dibina pada 2016 itu turut meliputi bangunan yang terdiri daripada sekolah agama dan surau, selain rumah transit bagi kegunaan pelawat yang ingin mengadakan program di kampung tersebut.

 

Johorkini

Gambar: Twitter @HRHJohorII

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top