BM | EN | 中文

Mahu PRU dalam situasi Covid-19, banijr pandangan tak bertanggungjawab – Adun Jementah

tan-chen-choon.jpg

Tan Chen Choon

Advertisement

SEGAMAT, 12 JAN: Dalam situasi negara masih bergelut dengan Covid-19 dan bencana banjir, ada pihak mahu mengadakan pilihanraya umum (PRU-15) secara tergesa-gesa.

Adun Jementah, Tan Chen Choon berkata, kenyataan setiausaha agung Umno dan Barisan Nasiaonal (BN) Datuk Seri Ahmad Maslan untuk mengadakan PRU ke-15 hanya mementingkan diri sendiri, tidak bertanggungjawab dan tidak rasional.

“Saya percaya kenyataan ini hanya berasaskan kepentingan politik parti UMNO sendiri tanpa memikirkan kepentingan dan kehendak rakyat.
“Justeru itu, mesti ditolak oleh rakyat,” kata Tan dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Tambah Tan, sekiranya PRU ke-15 diadakan sekarang, semua pengundi akan terdedah kepada risiko jangkitan wabak Covid-19.

“Pada masa itu, situasi (jangkitan) Covid-19 di negara kita akan meningkat berganda,” katanya.

Beliau menjelaskan bagi seperti Singapura dan Amerika Syarikat, PRU diadakan semasa pandemik Covid-19 disebabkan penggal kerajaan negara tersebut hampir habis.

Advertisement

“PRU merupakan cara terakhir untuk membentuk kerajaan mengikut sistem kerajaan negara masing-masing.

“Kita tidak perlu mengadakan PRU dan PRN dalam masa terdekat, Kita masih mempunyai masa. Keutamaan kita ialah fokus pada gerak kerja pengawalan dan pencegahan wabak Covid-19

Mengikut statistik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan, kes harian COVID-19 meningkat mencecah ribuan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah mengeluarkan garis panduan pesakit positif COVID-19 untuk kuarantin di rumah.

Advertisement

“Ini menunjukkan negara kita kini bukan sahaja dalam situasi penentangan wabak Covid-19 ke satu tahap yang kritikal, malahan sistem penjagaan kesihatan juga sedang berjuang dengan pertambahan jumlah pesakit dan sedang berada pada tahap ‘hampir penat’.

“Lebih- lebih lagi, situasi banjir di beberapa negeri juga semakin teruk seperti Johor, Terengganu, Pahang dan Kelantan,” katanya.

Dalam pada itu kata Tan, kenyataan Ahmad Maslan bahawa golongan cendekiawan dan berpendidikan tinggi dapat memahami keperluan melakukan PRU secepat mungkin adalah sombang.

Advertisement

“Dia juga sedang memperbodohkan rakyat. Tetapi, saya percaya bahawa rakyat tidak akan diperbodohkan.

“Saya juga percaya bahawa sekiranya PRU diadakan dalam masa terdekat, rakyat akan memberi pengajaran kepada UMNO melalui kertas undi mereka,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top