BM | EN | 中文

Mahu PRU-15 segera, sikap sebenar Mohammad Hassan terserlah

Mohd-Faizul-Mohd-Salleh.jpg

Mohd Faizul Mohd Salleh

Advertisement

MUAR, 25 NOV: Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohammad Hassan terus dibidas melalui kenyataan yang mahukan Pilihanraya Umum (PRU) disegerakan dalam masa terdekat.

Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Mohd Faizul Salleh ketika dihubungi berkata Mohamad Hasan mula menunjukkan dirinya yang sebenar dari watak sebelum ini.

Menurutnya, Mohammad Hassan yang dilihat ‘soft spoken’ sebelum ini kini dilihat sebagai individu yang tidak mementingkan rakyat dalam negara ini.

Advertisement

“Lihat sahaja sikapnya selepas mereka (BN) menang dalam PRN Melaka, ia dilihat ghairah dan sikap tidak sabar sehingga membelakangkan keselamatan rakyat.

“Sekiranya mahu diadakan PRU dalam masa terdekat kita khuatir dengan keselamatan rakyat dan peratusan keluar undi dalam PRU yang akan diadakan dalam masa terdekat.

“Tidak perlu tergesa-gesa dalam mengadakan PRU kerana apa yang penting adalah pemulihan ekonomi, kesihatan dan sosial rakyat,” ujarnya.

Advertisement

Menurut Faizul lagi, seharusnya Mohammad Hassan perlu menumpukan usaha dalam pemulihan ekonomi negara bukan menumpukan kepada kuasa semata.

“Tumpuan seharusnya diberikan kepada pemulihan negara bukan hanya sibuk mencatur kuasa ingin memerintah negara.

“Keadaan hari ini tidak mendatangkan apa-apa kebajikan sekiranya PRU dibuat dalam masa terdekat. Tumpu sahaja pemulihan ekonomi.

Advertisement

“Mohammad Hassan tidak sepatutnya mendesak keadaan untuk ke arah PRU. Jangan mengeluarkan kenyataan yang membelakangkan keselamatan rakyat,” ujarnya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top