BM | EN | 中文

Mahu memartabatkan sukan bola baling ke peringkat lebih tinggi

pandak-ahmad.jpg

Pandak Ahmad (kiri) dalam sidang media yang diadakan berkenaan hala tuju sukan bola baling di negara ini

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 6 FEB: Presiden Persekutuan Bola Baling Malaysia (MAHF) yang baharu, Pandak Ahmad berhasrat untuk memartabatkan sukan tersebut ke tahap lebih tinggi pada masa depan.

Menurut beliau, antara inisiatif yang akan dilakukan adalah dengan mempromosikan sukan itu dalam kalangan generasi muda.

Katanya, sukan berkenaan popular dalam di negara Eropah dan beberapa negara Timur Tengah, namun kurang popular di negara ini.

Advertisement

“Kita akan memberi tumpuan kepada pembangunan pemain di peringkat akar umbi, iaitu pada usia muda, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah.

“Ini bermakna kita akan menyusun program seperti pertandingan bermula di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi dan seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam sidang media yang diadakan di Restoran Sri Pantai, Kampung Sungai Melayu, di sini semalam.

Advertisement

Pandak sebelum ini pernah menjawat jawatan sama pada tahun 2011 hingga 2016 sebelum kembali memegang jawatan itu pada 1 Februari lalu.

Tambah Pandak, pihaknya akan turut memulakan pencarian pemain bagi mewakili pasukan kebangsaan bermula dengan kejohanan Terbuka Sarawak pada bulan Mac, tahun ini.

“Bermula daripada kejohanan itu, akan ada beberapa kejohanan lain yang turut akan melibatkan penyertaan pasukan negara jiran seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina.

Advertisement

“Dalam pertandingan itu nanti, akan ada panel yang menilai pemain mana yang berbakat dan mampu mewakili negara di peringkat antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, beliau turut meluahkan kekecewaannya kerana sukan berkenaan tidak tersenarai sebagai salah satu sukan yang dipertandingkan pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020, tahun ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top