BM | EN | 中文

Mahu darurat kerana enggan serah kerusi Batu Sapi, Armada perlu matang berpolitik

PRK-Batu-Sapi-Sabah.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 NOV: Sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Armada Bersatu perlu menunjukkan kematangan ketika negara dilanda Covid-19 agar tidak berpolitik dan seharusnya memberi tumpian untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Timbalan Ketua DAPSY Kebangsaan, Chiong Yoke Kong mempersoalkan sikap sayap Bersatu itu yang begitu terdesak sehingga mahu pengisytiharan darurat dilakukan hanya kerana tidak mahu menyerahkan kerusi Batu Sapi kepada Warisan.

Adun Tanah Rata itu turut berkata, sepatutnya sayap parti itu mengambil contoh BN, Pakatan Harapan, Parti Cinta Sabah, STAR dan SAPP yang tidak meletakkan calon pada PRK Batu Sapi kali ini.

Advertisement

“Kenapa Bersatu begitu terdesak hingga mahu pengisytiharaan darurat di seluruh negara bagi mengelakkan PRK satu kerusi Parlimen?

“Kenapa Bersatu tidak ingin memberi laluan kepada Warisan demi kebaikan dan kepentingan rakyat dalam waktu ini?

“Hal sedemikian membuktikan Bersatu ini sebuah parti yang gila kuasa, kuat berpolitik dan mengabaikan rakyat atau menjadikan rakyat sebagai landasan untuk memenuhi kepentingan peribadi semata-mata,” kata Yoke Kong dalam satu kenyataan.

Advertisement

Mohamad Siddiq Mohamad Azani dalam satu kenyataan berkata, pengisytiharaan darurat merupakan satu-satunya langkah selamat untuk mengelakkan pilihan raya kecil (PRK) Batu Sapi diadakan.

Mohamad Siddiq turut menyifatkan cadangan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan agar semua parti memberi laluan kepada Warisan mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi sebagai “tidak munasabah.”

Justeru itu kata Yoke Kong, sekiranya parti-parti utama di Sabah sudi memberi laluan kepada Warisan, ia boleh mengurangkan kempen yang berkemungkinan besar menambah penularan wabak Covid-19.

Advertisement

“Saya ingin menasihatkan Bersatu dan Armada supaya mempamerkan kematangan politik dan berhenti bermain politik ketika negara masih lagi diselubungi wabak Covid-19.

“Saya menyeru kerajaan PN supaya bekerjasama dengan semua parti politik bagi membentuk satu Belanjawan Perpaduan sebagai usaha memikirkan penyelesaian terbaik bagi kesejahteraan rakyat khususnya dalam situasi pandemik Covid-19,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top