BM | EN | 中文

Mahkamah Tinggi tolak saman SPRM lucut hak wang BN Johor Bahru, Jakel Trading

1MDB-Najib-Jho-Low.jpg

Grafik Ehsan The Malaysian Reserve

Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 JUN: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang berjumlah RM1.31 juta daripada Jakel Trading dan Barisan Nasional (BN) Johor Bahru, didakwa ada kaitan dengan skandal penipuan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jakel Trading dan BN Johor Bahru didakwa menerima wang itu daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masing-masing berjumlah RM628,314 dan RM677,872.55.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membuat keputusan itu selepas menimbangkan afidavit dan hujahan dikemukakan pihak pendakwaan dan pembelaan.

Advertisement

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Samihah Rhazali dan TPR Mahadi Abdul Jumaat memberitahu mahkamah mereka akan memfailkan permohonan rasmi untuk penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan, dalam tempoh 14 hari dari hari ini.

Peguam Thevini Nayagam dan Habizan Habeeb Rahman mewakili Jakel Trading manakala BN Johor Bahru diwakili peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros.

Pada Jun tahun lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan saman sivil untuk pelucutan hak terhadap 41 entiti, terdiri daripada individu, syarikat dan parti politik, di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang dipercayai mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Advertisement

SPRM percaya wang berkenaan dipindahkan secara tidak sah daripada akaun Najib.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top