BM | EN | 中文

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu putuskan Sabah memilih

Mahkamah-Tinggi-Kota-Kinabalu.jpg
Advertisement

KOTA KINABALU, 21 OGOS: Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu menolak permohonan 33 Adun dari negeri itu untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan Yang Dipertua Negeri membubarkan Dun pada 30 Julai lepas.

Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim, lapor Bernama.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini menetapkan 26 Sept ini untuk pilihan raya negeri (PRN) manakala hari pencalonan pula pada 12 Sept.

Advertisement

Bulan lalu, ketua menteri Sabah ketika itu, Shafie Apdal mengumumkan pembubaran Dun Sabah untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri selepas mendapat persetujuan Yang di-pertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin.

Langkah itu diambil selepas bekas ketua menteri yang juga Adun Sibuga, Musa Aman mendakwa memiliki majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.

Bagaimanapun Musa gagal memasuki Istana Negeri untuk bertemu Juhar.

Advertisement

Susulan itu pada 30 Julai lalu Musa dan 32 Adun yang lain memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu untuk mencabar pembubaran Dun berkenaan.

Mereka menamakan Juhar dan Shafie sebagai responden pertama dan kedua.

Selain Musa, mereka yang terlibat dalam permohonan itu ialah Bolkiah Ismail (Pitas), Julita Mojungki (Matunggong), Anita Baranting (Tandek), Musbah Jamli (Tempasuk), Japlin Akim (Usukan), Jahid Jahim (Tamparuli), Hajiji Mohd Noor (Sulaman), Joniston Bangkuai (Kiulu), Kenny Chua (Inanam), Ghulam Haider Khan (Kawang), Mohd Ariffin Ariff (Membakut), Isnin Aliasnin (Klias), Limus Jury (Klias), Matbali Musah (Sindumin), Dr Joachim Gunsalam (Kundasang), Masidi Manjun (Karanaan), Abidin Madingkir (Paginanatan), Jeffrey Kitingan (Tambunan), Robert Tawik (Bingkor), Jamawi Jaafar (Kemabong), Ellron Angin (Sook), Bobbey Ahfang Suan (Nabawan), James Ratib (Sugud), Abdul Rahman Kongkawang (Labuk), Masiung Banah (Kuamut), Saddi Abdul Rahman (Sukau), Niuzam Abu Bakar Titingan (Apas), Hamisa Samat (Tg Batu), Abdul Muis Picho (Sebatik), Osman Jamal (Balung) dan Adun lantikan Jaffari Waliam dan Ronnie Loh.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top