BM | EN | 中文

Mahdzir Khalid politikkan isu kemasukan MRSM untuk kejar pencapaian 100 hari?

mahdzir-khalid-umno-1.jpg
Advertisement

KLUANG, 6 OGOS: Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilihat cuba menjadikan isu kemasukan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sebagai bahan politik.

Ketua Pemuda AMANAH Kluang, Roszainmey Azmi berkata, jika sekolah yang ditubuhkan dengan motif untuk membela nasib anak bangsa boleh digadaikan, apa yang dilaungkan oleh parti Umno hanyalah retorik.

“Setahu saya Mahdzir Khalid yang menerajui Kementerian Pembangunan Luar Bandar ini adalah daripada parti UMNO yang kononnya memperjuangkan hak orang Melayu dan sering mengkambinghitamkan DAP..

Advertisement

“Ingatan kepada Mahdzir, jangan hanya kerana untuk mengejar pencapaian 100 hari menjadi menteri, sanggup menggadaikan prinsip.

“Dengan pengumuman yang diucapkan beliau sendiri maka terbuktilah bahawa UMNO tidak boleh diharap,” kata Roszainmey.

Tambah beliau, kenyataan Mahdzir itu membayangkan peluang anak muda bumiputra terutamanya yang berasal dari luar bandar untuk diterima belajar di MRSM beransur hilang,

Advertisement

“Jadi di mananya keistimewaan atau hak anak-anak bumiputra yang diperjuangkan selama ini oleh UMNO?

“Jika benarlah niat dan hasrat Mahdzir, sememangnya berita ini adalah malapetaka buat kaum bumiputra dan ama menyedihkan,” kata Roszainmey lagi.

Semalam Mahdzir berkata, kerajaan bersetuju mengekalkan dasar pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tanpa mengira aliran sekolah selaras dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’.

Advertisement

Kata Mahdzir, cadangan perubahan yang diumumkan sebelum ini tidak akan diguna pakai selepas pihaknya mengadakan perbincangan bersama pegawai dan kepimpinan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top