PUTRAJAYA, 10 JAN: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan memangku sementara tugas selaku Menteri Pendidikan sehingga pengganti baharu dilantik.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memberitahu, Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung pada 8 Januari lalu bersetuju dengan keputusan tersebut.
“Keputusan ini berkuatkuasa 3 Januari 2020 dan Dr Mahathir akan memangku jawatan tersebut sehingga Menteri Pendidikan baharu dilantik,” menurut kenyataan itu.
Penyandangnya, Dr Maszlee Malik bertindak ‘memulangkan’ jawatan tersebut selepas dinasihati Dr Mahathir untuk berbuat demikian.
Johorkini