BM | EN | 中文

Mahasiswa terharu terima bantuan makanan

N-Kuralamudhan-01-scaled.jpg

N Kuralamudhan

Advertisement

KULAI, 18 FEB: Program Foodbank kepada mahasiswa yang dibuat kerajaan negeri disambut baik oleh golongan mahasiswa di negeri ini.

Pelajar Pengurusan Sumber Manusia, Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) N Kuralamudhan, 19, meluahkan kegembiraan kerana terpilih untuk menerima bantuan tersebut.

Menurutnya, kerajaan hari ini dilihat bersungguh untuk membantu golongan seperti dirinya dalam mencari ilmu dengan mengadakan program sebegini.

Advertisement

“Saya gembira dan boleh selesaikan masalah saya dalam berhadapan dengan kekangan untuk mendapatkan bahan makanan dan terkadang terpaksa mengikat perut.

“Ini adalah inisiatif yang baik daripada kerajaan dan ia amat tepat kerana seperti kita tahu pelajar seperti saya banyak berhadapan dengan masalah seperti ini.

“Harapan saya agar kerajaan terus membantu golongan seperti kami dan memperbanyakkan lagi program-program seperti ini dari masa ke semasa,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, seorang lagi pelajar bidang Seni Kulinari KYPJ,

Rabieyatul Addawieyah Yahya

, 19, berkata, program ini mampu menjimatkan belanja pelajar dalam meneruskan pembelajarannya.

Beliau turut berkongsi pengalaman sebelum ini yang terpaksa makan makanan sekadar sahaja seperti roti kosong dan air suam.

Advertisement

“Saya pernah terpaksa makan satu hari sekali sahaja kerana berjimat akibat ketiadaan wang untuk membeli makanan.

“Saya ambil nasi putih banyak dan terpaksa makan nasi lebih untuk menahan lapar, perkara ini kerap berlaku setiap bulan.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana membantu pelajar-pelajar seperti kami. Saya juga berharap agar kerajaan mencari lagi pelajar seperti saya untuk dibantu pada program seterusnya,” ujarnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top