BM | EN | 中文

Mahasiswa, pejabat Parlimen Simpang Renggam kerjasama bersih rumah mangsa banjir

IMG-20191222-WA0004.jpg

Maszlee bersama sebahagian mahasiswa dalam program membantu penduduk kampung membersihkan rumah selepas banjir surut

Advertisement

KLUANG, 22 DIS: Pejabat Parlimen Simpang Renggam dengan kerjasama mahasiswa beberapa universiti tanahair turun padang membantu para penduduk di kawasan ini dalam misi membersihkan rumah-rumah yang terjejas selepas banjir surut.

Kira-kira 80 mahasiswa dari Adiwarna, Universiti Sains Malaysia (USM), Ikatan Mahasiswa Johor (IKMAR), Yayasan Sukarelawan Siswa dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) menyertai program tersebut yang turut dihadiri Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

“Sudah menjadi tanggungjawab para mahasiswa dan seluruh warga universiti untuk sentiasa bersama masyarakat.

Advertisement

“Sama ada mereka ini berperanan sebagai pembesar suara masyarakat, atau merekalah yang mengaturkan penyelesaian terhadap permasalahan masyarakat.

“Terima kasih kepada semua pimpinan universiti yang menggalakkan mahasiswa mereka untuk turun membantu,” kata Maszlee dalam satu kiriman di laman facebook beliau semalam.

Maszlee melawat kawasan tebing sungai yang runtuh di Kampung Paya Baru, Layang-layang

Dalam pada itu kata Dr Maszlee, dalam tinjauannya ke beberapa kampung di kawasan parlimen itu termasuk di Layang-Layang dan mendapati, banjir semakin surut.

Advertisement

Namun katanya, musibah ini telah mengakibatkan banyak tebing sungai runtuh yang boleh memberi kesan kepada bangunan atau rumah di kawasan sekitar.

“Pejabat Parlimen akan membantu untuk menyelesaikan isu ini melalui kerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan tebing ini dibina semula dan membantu rumah para penduduk berdekatan yang terjejas,” kata Maszlee lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top